Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Thursday, 17 October 2013

Peluang Kejayaan Ada Pada Setiap Individu...

Setiap orang ada peluang untuk berjaya... yang menggagalkan kejayaan adalah daripada sikap negatif sendiri..

Membaikki prestasi diri dengan sentiasa belajar...

Proses belajar tidak boleh berhenti. Ia menjadi rutin kita sebagai insan. InsyaAllah dengan anugerah dan kasih sayang Allah kita akan dapat mengembangkan lagi segala bakat dan kelebihan yang kita ada. Apa yang perlu, kita tidak boleh berputus asa dan sentiasa berdoa semoga kemantapan di dalam sesuatu pekerjaan yang halal kita laksanakan menjadi satu pekerjaan yang diredhai Allah swt.

Sering kali kita terlalu teruja dengan sebuah episod kejayaan, sampai kekadang kita terlupa banyak lagi yang perlu diperbaikki. Ini bermakna...ambillah peluang pada waktu terluang... sekalipun terlalu sibuk, fikirkanlah sesuatu agar kita berpeluang untuk mempertingkatkan lagi kemajuaan diri... :) Nampaknya semakin segar, semakin beridea. InsyaAllah...ilham yang baik membantu diri kita ke tahap yang lebih baik... sama-samalah usahakan.

Mungkin kita kurang arif dalam sesuatu, maka bolehlah kita mencari rakan-rakan atau membuat research melalui bacaan. Jika berkesempatan, temui lebih ramai kenalan dan jangan malu bertanya mereka mengenai cara bagaimana untuk anda perluaskan lagi usaha yang mungkin anda minat, tetapi tidak tahu bagaimana hendak mulakan...

Pohonlah  sentiasa pada Allah...kerana Allah jualah tempat kita bergantung harap...tempat kita mengadu. Dia sentiasa Ada...tidak pernah tidak ada. Alhamdulillah. Bersyukurlah selalu di atas segala nikmat...mohonlah perlindungan dari segala keburukan. Semoga kita menjadi hambaNya yang semakin dekat denganNya. Amin...

:) senyum selalu... ada aura positif yang mendorong minda dan hati kita untuk lebih positif kerana senyuman bukan sahaja menggembirakan orang di sekitar kita, insyaAllah kita akan lebih bahagia lebih bertenaga... Senyumlah, kerana dirimu lebih tampil menawan tanpa perlu berbuat apa-apa... senyum itu sedekah.. InsyaAllah bertambah berkatlah rezeki kita....

Wednesday, 2 October 2013

Semangat hilang? InsyaAllah segalanya pulih..., BERDOALAH YANG BAIK-BAIK......

  • SEMANGAT HILANG?
  • LETIH DAN LESU?
  • BERMALASAN YANG LAMA?
  • RASA TERSINGKIR?
Pernahkah anda terasa semangat hilang? Mungkin pernah kan... pada awalnya anda begitu bersemangat... tetiba terasa sungguh seperti seorang yang tidak ada cita-cita dan lesu semacam....? Selalu juga saya begitu, sampai merasakan mengapalah begini...

Naik turun statistik kerajinan kekadang menyukarkan tugasan harian...sampai kekadang banyak kerja tertangguh. Nak tidur, tidur, tidur........ macam ada benda tak kena je semua. Allahuakbar, hindari aku dari sikap bermalasan yang merugikan diri aku... jadikan aku hambaMu yang taat dan rajin menunaikan tugasan semata-mata ingin mencapai keredhaan Mu...

Hidup ini sebenarnya singkat sahaja... Masa itu sangat berguna kepada kita sebagai insan... Gunakanlah sebaiknya. Pesan ini harus saya tanam untuk diri saya sendiri. Setelah dikaji sendiri, ia ada puncanya. Setiap dari kita mungkin berbeza. Namun mungkin adalah juga 1, 2 persamaan... Secara ringkasnya seperti berikut:

Ada motivasi, tetapi gagal melaksanakan berterusan?

Kekadang semangat hilang bukan kerana tidak bermotivasi... atau tanpa pernah bermotivasi...tetapi malas meneruskan usaha capai kejayaan atau paling senang disebut hangat-hangat tahi ayam.. Perubahan minda berlaku bila bertemu dengan tawaran-tawaran baru yang menarik.... sehingga jadi rambang mata? (tamak dengan situasi) Kerana rasa tidak berbaloi dengan usaha sekarang?, Tidak yakin boleh berjaya dengan usaha? Ragu-ragu dengan tindakan?

Sebenarnya tahap mengenali apa kemahuan sendiri masih gagal... Namun begitu, ia berlaku kerana peralihan waktu dan juga kejemuan dengan kaedah yang membosankan. Nyata bagi saya kita tidak boleh melakukan secara kaku... kerana minat memainkan peranan penting ...dan cara yang unik dan berbeza-beza membantu tingkatkan rasa semangat.

Letih dengan cara yang sama berulang kali. Ada sesetengah dari kita memang pelik perangai. Bagaimana? Setelah orang tidak kisah pun melakukan hal yang sama setiap hari, namun ada individu memberontak bila dia terasa terpaksa berhadapan tugasan sama.....

Di sini, proses tingkatkan Ilmu perlu. Jangan berasa berada di tahap puas hati...kerana apa yang berlaku di sekeliling kita sering juga cepat berubah. Usah takut untuk mendapatkan info-info baru dengan cara membaca buku, mencari maklumat dengan orang yang lebih tahu dan mengkaji bagaimana untuk lakukan kerja secara lebih kreatif...  :)
 
Rasa Ketinggalan Sampai Langsung Tidak Mahu Berusaha?

Hal ini pun pelik juga kan... pernah tak anda rasa ibarat seorang yang ketinggalan zaman, sampai gagal mengemudi rasa sendiri untuk meneruskan cita-cita hanya kerana semata-mata orang lain dah berjaya capai impian dan anda tak lagi? Rela menongkat dagu dan pasrah menyatakan bahawa inilah takdir untuk anda tanpa pernah melangkah lagi untuk maju berjaya?

Jangan lelah, atau rasa tewas... anda gagal bukan sebab orang lain berjaya... tapi kegagalan kita sebenarnya gagal untuk memahami bahawa setiap individu berbeza keistimewaan..dan percayalah kita dijadikan Allah swt sangat unik, kerana setiap dari kita berbeza ........contoh paling ketara, mana ada orang sama cap ibu jarinya!!!! Allahuakbar.... jadi mengapa cemburu kejayaan orang lain, sedangkan itu hal itu tidak baik untuk kita dan orang sekeliling... Allah memberi anugerah Kejayaan.. Alhamdulillah.. Carilah ia.. InsyaAllah anda akan jumpa...Bersyukurlah padaNya yang memberi kefahaman. ...

Mempunyai Lebih dari 1 cita-cita?

Tidak kenal maka tidak cinta? Dah kenal belum tentu suka...... Hiks. Oh tidaklah, saya bukan nak hurai mengenai cinta.. tapi pasal cita-cita...

Pernah tak anda keliru dengan cita-cita. Tak tahu nak jadi apa... Nak jadi doktor ke atau nak jadi pensyarah... nak jadi designer ke nak jadi guru. Ntahlah mana satu ni? Mengenal pasti kemahuan agak sukar juga kan... Namun, sebenarnya ia boleh di atasi dengan memahami apa yang paling selesa untuk diusahakan tanpa rasa tidak yakin. Contohla, anda lebih yakin untuk tampil sebagai seorang doktor berbanding pensyarah, bagi saya... fokuslah yang lebih dominan. Sebaiknya lakukan istikarah...... hehehe. Yep. InsyaAllah ada penyelesaian... Allah jugalah tempat kita bergantung harap......

Rasa tidak penting atau tidak perlu? Jangan Malas!

Usah anggap remeh, kerana apa yang anda lakukan waktu sekarang memberi kesan akan datang juga. :) Allah tak suka kita bermalasan. Berdoalah selalu ..........doa dan terus berdoa agar kita berubah. Insya Allah kesan positif akan kelihatan... Carilah usaha. Carilah Idea. Carilah khasiat agar ia menjadi sebagai satu perasa untuk dapat rasai kemanisan betapa tidak boleh malas....

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhu0LrUk3MuEMbENfltlZz3TJGhmtyjB8rTHDFXa5pzUH-mPgJ-HCI25UNx5vKnlT9rBaYjfMhthxotoLZWJJkshxcXXPQa0uTGT-_0QnozbuIAPYMvBnSJQ0fDhhuN7ec0HGW1eF_WA60/s640/doaelakmalasdansettlehutang.jpg